Selamat Datang ke EPP Batu Pahat

Majlis Pembandaran Batu Pahat

Pengenalan

   KM merujuk kepada Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) merujuk kepada Kebenaran Merancang. Pihak MP Batu Pahat telah mengambil inisiatif untuk membangunkan satu Aplikasi yang dikenali sebagai ePP bagi tujuan memproses dan memantau permohonan Kebenaran Merancang secara lebih interaktif. Dengan kata lain untuk mewujudkan satu 'Bank Data' di mana isu 'Big Data' kini menjadi semakin kompleks.

   Aplikasi Sistem ePP merupakan sistem bantuan komputer yang dapat digunakan sebagai alat pengurusan dan perancangan, pengawalan dan pemantauan pembangunan. Pembangunan Aplikasi ePP yang berasaskan web enable dan GIS ini adalah perlu diadakan sejajar dengan kehendak dan keperluan semasa.

   Pembangunan Aplikasi Sistem ePP ini akan memaparkan maklumat spatial dan non-spatial dalam bentuk aplikasi yang interaktif. ePP yang dibangunakan ini bersifat mesra pengguna di mana pengguna yang tidak mahir dalam penggunaan perisian GIS seperti MapInfo Professional, ArcInfo, Arcview dan sebagainya boleh membuat rujukan, carian, analisa, mencetak dan seumpamanya. Dengan adanya ePP ini membolehkan orang awam, sektor swasta mendapat maklumat dengan mudah sesuai dengan dasar kerajaan untuk menggalakkan e-government yang secara langsung dapat menjimatkan masa, tenaga, kertas (paperless) dan seumpamanya.

   Dengan adanya ePP ini juga boleh membantu pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat untuk mencapai segala visi, matlamat dan objektif dengan menggunakan teknologi ICT mengikut kesesuaian skop operasi yang ditawarkan khususnya dalam menangani permasalahan penduduk yang semakin kompleks pada masa kini.


client-img
client-img
client-img
client-img
client-img